Thursday 9 October 2014

Kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain psikomotor,kognitif dan afektif murid

Sukan individu terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,keseronokan,pembangunan,kemahiran,kecemerlangan,dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya berenang secara berasingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian dikolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan dan termasuk sukan individu memerlukan pengorbanan wang,masa, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta ataupun penonton. Sukan individu ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang,surat khabar dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan individu ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi.Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu. Sukan individu ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga seperti berenang,tenis,lumba lari dan sebagainya. Akiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan,hiburan atau untuk menyihatkan badan. Bersukan dan bersenam adalah baik untuk kesihatan fizikal,mental dan rohani (Bompa, 1994). Bersukan dapat meningkatkan kesihatan,tahap penghargaan kendiri,kemahiran dan kecekapan, memberi persaingan dan dapat membina sikap yang positif. Aktiviti fizikal mempunyai pertalian dengan kualiti kehidupan seseorang termasuk meningkatkan fungsi fizikal,kesihatan yang baik,pengurusan stres dan eustres,keseronokan dan memberi pelbagai makna kepada individu (Berger dan Tobar, 2012). Melalui aktiviti fizikal ini seseorang individu dapat membentuk sahsiah,kesedaran diri termasuk semangat pertarungan,menghindari diri daripada pelbagai serangan penyakit, dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi dan mencapai tahap keseronokan yang lebih tinggi dalam melakukan sesuatu aktiviti.Penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan dapat membentuk dan melahirkan seorang insan yang cergas dari segi fizikal dan cerdas mentalnya. Fungsi kognitif individu dapat dipertingkatkan dengan menurunkan tahap kebimbangan dan kemurungan serta meningkatkan motivasi kearah yang lebih positif melalui aktiviti fizikal. Sukan adalah aktiviti fizikal yang dikawal dengan peraturan dan undang-undang yang formal atau tidak formal membabitkan pertandingan secara individu atau berpasukan untuk mendapatkan keseronokan dan rekreasi (Snyder & Spreitzer, 1989). Sukan boleh disimpulkan sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti fizikal yang ditentukan oleh peraturan formal dan tidak formal yang melibatkan pertandingan antara individu atau pasukan dengan pihak lawan untuk tujuan keseronokan,rekreasi dan pengiktirafan. Penyertaan dalam sukan secara aktif dan beretika untuk mendapatkan keseronokan daripada aktiviti sukan bagi mereka yang berbakat bagi mencapai prestasi dan potensi setinggi mungkin dalam bidang sukan yang diminati adalah selaras dengan matlamat Dasar Sukan Negara, iaitu “Sukan Berprestasi Tinggi” dan “Sukan untuk Semua” serta menuju ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Bagi mencapai matlamat dasar sukan negara ini, setiap program sukan atau senaman yang dirancang mestilah berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang sesuai dan individu yang terlibat harus memiliki etika kesukanan yang unggul. Penekanan terhadap prinsip-prinsip latihan dan etika kesukanan wajib diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk mengelakkan kecederaan,kelesuan,kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan sedia ada serta pencapaian kualiti diri dari segi jasmani,mental dan rohani.Prinsip-prinsip dalam sukan individu merupakan amalan yang mempengaruhi proses pelaksanaan dan penglibatan seseorang dalam aktiviti fizikal yang terancang untuk mengelakkan kecederaan,kelesuan,kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan sedia ada. Prinsip-prinsip latihan merupakan garis panduan yang perlu diambil kira dalam sesuatu perancangan dan pelaksanaan latihan. Prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui, difahami dan diaplikasi dengan baik dalam satu program latihan jangkamasa panjang atau pendek yang progresif bagi pencapaian objektif latihan yang berkesan.Etika dalam sukan adalah panduan tentang tingkah laku atau tatasusila dan nilai-nilai positif yang perlu ada dan dipatuhi oleh individu yang terlibat dalam sukan. Jika tatasusila itu dilanggar, ia akan memberi gambaran bahawa individu tersebut tidak mempunyai disiplin dan semangat kesukanan.Akibatnya individu tersebut tidak akan dihormati.Disiplin,nilai-nilai murni,keadilan,permainan bersih,sukan yang bebas daripada dadah dan keselamatan semasa bermain merupakan antara aspek-aspek penting.Unsur-unsur ini perlu menjadi amalan setiap orang yang terlibat dalam sukan.Matlamat sukan sebagai ejen perpaduan akan tercapai sekiranya etika kesukanan diamalkan.
Kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Aspek ini melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,ketentuan,daya tahan kardiovaskular dan otot,ketangkasan,kepantasan dan kelajuan. Dalam pelajaran pendidikan jasmani mempunyai kemampuan untuk menghasilkan aktiviti yang sesuai kepada pelajar, melalui proses pembelajaran yang berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar. Proses program-program yang terancang dalam aktiviti kokurikulum sekolah boleh diambil kira oleh murid-murid dalam struktur utama seperti sekolah dan keperluan pelajar seperti kecergasan,kemahiran,kekuatan otot,daya tahan otot dan pengamatan motor. Domain psikomotor adalah kemampuan yang menyangkut kegiatan otot dan fisik. Menurut Dave (1970) klasifikasi tujuan domain psikomotor terbahagi kepada lima kategori iaitu; peniruan,manipulasi,ketetapan,arikulasi dan pengalamiahan
     Peniruan terjadi ketika siswa mengamati sesuatu pergerakan. Peniruan ini pada umumnya dalam bentuk global dan tidak sempurna. Manipulasi menekankan perkembangan,kemampuan mengikut pengarahan,penampilan, dan gerakan-gerakan. Pilihan yang menetapkan sesuatu penampilan melalui latih. Tujuan yang seterusnya adalah ketetapan. Respon-respon lebih terkoreksi dan kesalahan-kesalahan dibatasi sampai pada tingkat minimum. Arikulasi menekankan koordinasi sesuatu rangkaian gerakan dengan membuat urutan yang tepat dan mencapai yang diharapkan atau konsistensi internal di antara gerakan-gerakan berbeza. Menurut tingkah laku penalamiahan ditampilkan dengan paling sedikit mengeluarkan energi fisik mahupun psikis. Pengalamiah merupakan tingkat kemampuan tertinggi dalam domian psikomotor. Domain psikomotor lebih mengorentasikan pada proses tingkah laku atau pelaksanaan di mana sebagai fungsi adalah untuk meneruskan nilai yang terdapat lewat kognitif dan diinternalisasikan lewat afektif sehingga mengorganisasi dan diaplikasi dalam bentuk nyata oleh domain psikomotor ini.
     Manakala kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain kognitif pula melibatkan pengumpulan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Pembangunan kognitif juga melibatkan ransangan pemikiran yang terdiri daripada elemen kretiviti,penyelidikan,perkaitan,kebolehan,pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar, misalnya dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti lebih menarik,berfaedah dan bermakna. Kebaikan pendidikan luar boleh memberi kekuatan fizikal, tetapi seharusnya dapat  memberi kekuatan kognitif. Selain itu, pendidikan jasmani bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah,pemahaman,penilaian dan kreativiti. Aspek kognitif merangkumi pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti seperti permainan padang, permainan gelanggang,olah raga serta rekreasi juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi menarik faedah dan bermakna. hasil yang diperolehi bukan sahaja memberi kekuatan fizikal malah harus memberi kekuatan kognatif. Dalam aspek kognitif    beberapa sifat yang penting memainkan peranan yang tertentu. Aspek kognitif adalah kemampuan intelektual siswa dalam berfikir,mengetahui dan memecahkan masalah. Menurut Bloom (1956) tujuan domain kognitif terdiri atas enam bahagian; pengetahuan,pemahaman,penerapan,analisis,sintesa dan evalusi. Pengetahuan mengingat keterangan dengan benar. Selain itu, pemahaman merupakan sesuatu teori mengacu kepada kemampuan memahami makna materi.seterusnaya,nerapan kepada materi suadah dipelajari pada situasi yang baru dan mengikut penggunaan aturan dan prinsip.Penerapan merupakan tingkat kemampuan berfikir  yang lebih tinggi daripada pemahamam. Peringkat seterusnya analisis, ia mengacau kepada kemampuan menghuraikan materi ke dalam komponen-komponen sebab atau mampu memahami hubungan di antara bahagian yang satu. Dengan bahagian lain sehingga struktur dapat lebih dimengerti.Sintesa, aspek ini memerlukan tingkah laku yang kreatif. Sintesis merupakan kemampuan tingkat bersifat yang lebih tinggi daripada kemampuan sebelumnya.Tujuan yang terakhir ialah evaluasi.Evalusi merupakan tingkat berfikir yang paling tinggi, ia merupakan kemampuan memberikan pertimbangan terhadap nilai-nilai materi untuk tujuan tertentu. Aspek kognitif lebih didominasi oleh alur-alur teoris dan abstrak. Pengetahuan akan menjadi standard umum untuk melihat kemampuan kognitif seseorang dalam pengajaran. Sebagai kesimpulannya, aspek kognitif mengutamakan amalan pemikiran seseorang murid. Bagaimana murid memproses penerokaan serta menyelesaikan masalah. Selain itu, murid hendaklah mempunyai sikap ingin tahu dan sikap berimaginasi kreatif dan kritis.
     Seterusnya kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain afektif murid. Matlamat utama yang diingini dalam pendidikan jasmani pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran sosial. Perkembangan individu melibatkan sikap,emosi,apreasiasi dan nilai-nilai serta pembentukan sahsiah. Pendidikan jasmani juga perlu menekankan nilai yang baik seperti tolong-menolong,menghargai sumbangan,kepentingan menjaga kesihatan fizikal,menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan aktiviti. Selain itu,penggunaan masa lapang yang berguna ialah memiliki sikap positif terhadap kecergasan. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan bersama-sama rakan sebaya. Aktiviti pendidikan jasmani dapat membentuk emosi yang stabil dikalangan pesertanya. Pendidikan jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Selain itu, aktiviti sukan dapat membantu seseorang individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat dan jenis-jenis keadaaan. Pendidikan luar adalah suatu aspek  yang dapat perkembangan sosial. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Domain afektif atau intelektual adalah mengenal sikap,minat,emosi,nilai hidup dan operasi siswa. Menurut Krathwal (1964) klasifikasi tujuan domain afektif terbahagi kepada lima kategori iaitu penerimaan,pemberi respon,penilaian,organisasi, dan karateriasi. Penerimaan merupakan tingkat hasil belajar terendah dalam domian afektif. Ia memberi respon terhadap sitimulasi yang tepat. Tingkat seterusnya adalah pemberi respon. Dalam hal ini,siswa menjadi secara dan opresasi’. Yang berikut adalah organisasi,ia membentuk suatu sistem nilai internal,mencakup tingkah laku yang tercerin dalam suatu filasafat hidup. Tujuan terakhir ialah karaterisasi,ini ada hubungannya dengan keteraturan peribadi,sosial dan emosi jiwa. Kesimpulannya, afektif dan psikologi akan memberi peranan tersendiri untuk dapat menyimpan menginternalisa sikap sebuah nilai diperoleh lewat kognitif dan kemampuan organisasi afektif itu sendiri.