Wednesday, 23 January 2013

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013



Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)
sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)

Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. 

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Sunday, 2 December 2012

JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF



Terdapat perbezaan pendapat mengenai jenis-jenis kata adjektif antara Tatabahasa Dewan dengan buku-buku tatabahasa lain.
 
Menurut Tatabahasa dewan Edisi Ketiga yang telah ditulis oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Osman, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood telah menyatakan bahawa walaupun kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara , namun berdasarkan kriteria makna ,kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sembilan jenis seperti berikut:

1)    Kata adjektif sifatan atau keadaan
2)    Kata adjektif Warna
3)    Kata Adjektif ukuran
4)    Kata adjektif bentuk
5)     Kata adjektif waktu
6)    Kata adjektif jarak
7)    Kata adjektif cara
8)    Kata Adjektif perasaan
9)    Kata Adjektif Panca indera.

Dalam buku Bahasa Melayu STPM kertas 1 dan 2 edisi ke 2 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim  dan Norliza Jamaluddin  telah menyatakan bahawa kata adjektif dapat dikategorikan kepada sembilan jenis iaitu sama seperti dalam Tatabahasa Dewan.
           
1)    Kata adjektif sifatan atau keadaan
2)    Kata adjektif Warna
3)    Kata Adjektif ukuran
4)    Kata adjektif bentuk
5)     Kata adjektif waktu
6)    Kata adjektif jarak
7)    Kata adjektif cara
8)    Kata Adjektif perasaan
9)    Kata Adjektif Pancaindera.

 Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua juga menyatakan kata adjektif mempunyai sembilan jenis, sama seperti yang dinyatakan oleh Nik Safiah Karimdan Norliza Jamaludin.
           
1)    Kata adjektif sifatan atau keadaan
2)    Kata adjektif Warna
3)    Kata adjektif ukuran
4)    Kata adjektif bentuk
5)     Kata adjektif waktu
6)    Kata adjektif jarak
7)    Kata adjektif cara
8)    Kata adjektif perasaan
9)    Kata adjektif Panca indera.

Menurut Asmah Hj Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir, Kata sifat boleh dibahagikan kepada subgolongan tertentu berdasarkan komponen- komponen maknanya dan juga hubungan sintagmatiknya dengan kata- kata lain dalam frasa pembahagiannya adalah seperti  berikut :

1)    Kata Sifat Tabii / Sikap,
2)    Kata sifat warna,
3)    Kata sifat ukuran,
4)    Kata sifat bentuk,
5)    Kata sifat indera,
6)    Kata sifat gabungan indera,
7)    Kata sifat waktu,
8)    Kata sifat jarak,
9)    Kata sifat kecepatan,
10) Kata sifat kuasa tenaga,
11) Kata sifat taraf,
12) Kata sifat suhu,
13) Kata sifat emosi,
14) Kata kerja akaliah  
15) Kata sifat akhlak.
Dalam Nahu Kemas Kini, Asmah Hj Omar mengatakan kata adjektif boleh dibahagikan kepada sebelas jenis iaitu :

1)    kata adjektif tabii,
2)    kata adjektif warna,
3)    kata adjektif ukuran,
4)    kata adjektif bentuk,
5)    kata adjektif indera/deria,
6)    kata adjektif waktu,
7)    kata adjektif kecepatan,
8)    kata adjektif kognisi,
9)    kata adjektif emosi,
10) kata adjektif kuasa tenaga dan
11) kata adjektif taraf.

Saturday, 1 December 2012

ANALISIS PERGERAKAN MANUSIA - TEKAN TUBI



Tekan tubi
Fasa Persediaan
Sendi / Jenis
Pergerakan Sendi
Otot Agonis
Jenis Penguncupan
Bahu (lesung)
Fleksi
Deltoid, Trapezium, Rhomboids dan Rotator Cuff
Eksentrik
Siku (engsel)
Ekstensi
Tricep brochii, Bicep brochii dan Brachial
Eksentrik
Radioulnar / Pangsi
Fleksi
Pronator teres, Brachioradialis
Eksentrik

Fasa Menurun
Sendi / Jenis
Pergerakan Sendi
Otot Agonis
Jenis Penguncupan
Bahu (lesung)
Fleksi
Deltoid, Trapezius, Rhomboids, Rotator Cuff dan Pektralis major
Konsentrik
Siku (engsel)
Fleksi
Tricep brochii
Esentrik
Siku (engsel)
Fleksi
Bicep brochii
Konsentrik
Radioulnar / Pangsi
Fleksi
Pronator teres, Brachioradialis
Konsentrik

Fasa Pemulihan
Sendi / Jenis
Pergerakan Sendi
Otot Agonis
Jenis Penguncupan
Bahu (lesung)
Ekstensi
Deltoid, Trapezius, Rhomboids, Rotator Cuff dan Pektralis major
Esentrik
Siku (engsel)
Ekstensi
Tricep brochii
Esentrik
Siku (engsel)
Fleksi
Bicep brochii
Esentrik
Radioulnar / Pangsi
Fleksi
Pronator teres, Brachioradialis
Esentrik