Sukan individu
terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan,keseronokan,pembangunan,kemahiran,kecemerlangan,dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya
berenang secara berasingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan
tetapi berenang bersendirian dikolam atau laut dilihat sebagai aktiviti
rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan dan termasuk sukan individu memerlukan
pengorbanan wang,masa, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta ataupun
penonton. Sukan individu ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan
lapang,surat khabar dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan individu ialah
aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara
rekreasi.Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran
(benchmarks) terdahulu. Sukan individu ialah segala kegiatan yang memerlukan
kemahiran atau ketangkasan serta tenaga seperti berenang,tenis,lumba lari dan
sebagainya. Akiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan,hiburan atau untuk
menyihatkan badan. Bersukan dan bersenam adalah baik untuk kesihatan
fizikal,mental dan rohani (Bompa, 1994). Bersukan dapat meningkatkan
kesihatan,tahap penghargaan kendiri,kemahiran dan kecekapan, memberi persaingan
dan dapat membina sikap yang positif. Aktiviti fizikal mempunyai pertalian
dengan kualiti kehidupan seseorang termasuk meningkatkan fungsi
fizikal,kesihatan yang baik,pengurusan stres dan eustres,keseronokan dan
memberi pelbagai makna kepada individu (Berger dan Tobar, 2012). Melalui
aktiviti fizikal ini seseorang individu dapat membentuk sahsiah,kesedaran diri
termasuk semangat pertarungan,menghindari diri daripada pelbagai serangan
penyakit, dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi dan mencapai tahap
keseronokan yang lebih tinggi dalam melakukan sesuatu aktiviti.Penglibatan
seseorang dalam aktiviti sukan dapat membentuk dan melahirkan seorang insan
yang cergas dari segi fizikal dan cerdas mentalnya. Fungsi kognitif individu
dapat dipertingkatkan dengan menurunkan tahap kebimbangan dan kemurungan serta
meningkatkan motivasi kearah yang lebih positif melalui aktiviti fizikal. Sukan
adalah aktiviti fizikal yang dikawal dengan peraturan dan undang-undang yang
formal atau tidak formal membabitkan pertandingan secara individu atau
berpasukan untuk mendapatkan keseronokan dan rekreasi (Snyder & Spreitzer,
1989). Sukan boleh disimpulkan sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti
fizikal yang ditentukan oleh peraturan formal dan tidak formal yang melibatkan
pertandingan antara individu atau pasukan dengan pihak lawan untuk tujuan
keseronokan,rekreasi dan pengiktirafan. Penyertaan dalam sukan secara aktif dan
beretika untuk mendapatkan keseronokan daripada aktiviti sukan bagi mereka yang
berbakat bagi mencapai prestasi dan potensi setinggi mungkin dalam bidang sukan
yang diminati adalah selaras dengan matlamat Dasar Sukan Negara, iaitu “Sukan
Berprestasi Tinggi” dan “Sukan untuk Semua” serta menuju ke arah pencapaian
hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Bagi mencapai matlamat dasar sukan negara
ini, setiap program sukan atau senaman yang dirancang mestilah berdasarkan
prinsip-prinsip latihan yang sesuai dan individu yang terlibat harus memiliki
etika kesukanan yang unggul. Penekanan terhadap prinsip-prinsip latihan dan
etika kesukanan wajib diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk mengelakkan
kecederaan,kelesuan,kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan sedia ada serta
pencapaian kualiti diri dari segi jasmani,mental dan rohani.Prinsip-prinsip
dalam sukan individu merupakan amalan yang mempengaruhi proses pelaksanaan dan
penglibatan seseorang dalam aktiviti fizikal yang terancang untuk mengelakkan
kecederaan,kelesuan,kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan sedia ada.
Prinsip-prinsip latihan merupakan garis panduan yang perlu diambil kira dalam
sesuatu perancangan dan pelaksanaan latihan. Prinsip-prinsip latihan ini perlu
diketahui, difahami dan diaplikasi dengan baik dalam satu program latihan
jangkamasa panjang atau pendek yang progresif bagi pencapaian objektif latihan
yang berkesan.Etika dalam sukan adalah panduan tentang tingkah laku atau
tatasusila dan nilai-nilai positif yang perlu ada dan dipatuhi oleh individu
yang terlibat dalam sukan. Jika tatasusila itu dilanggar, ia akan memberi
gambaran bahawa individu tersebut tidak mempunyai disiplin dan semangat
kesukanan.Akibatnya individu tersebut tidak akan dihormati.Disiplin,nilai-nilai
murni,keadilan,permainan bersih,sukan yang bebas daripada dadah dan keselamatan
semasa bermain merupakan antara aspek-aspek penting.Unsur-unsur ini perlu
menjadi amalan setiap orang yang terlibat dalam sukan.Matlamat sukan sebagai
ejen perpaduan akan tercapai sekiranya etika kesukanan diamalkan.
Kepentingan
sukan individu dalam pembangunan domain psikomotor memberi tumpuan kepada
perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Aspek ini melibatkan
beberapa prinsip asas seperti kekuatan,ketentuan,daya tahan kardiovaskular dan
otot,ketangkasan,kepantasan dan kelajuan. Dalam pelajaran pendidikan jasmani
mempunyai kemampuan untuk menghasilkan aktiviti yang sesuai kepada pelajar,
melalui proses pembelajaran yang berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar.
Proses program-program yang terancang dalam aktiviti kokurikulum sekolah boleh
diambil kira oleh murid-murid dalam struktur utama seperti sekolah dan
keperluan pelajar seperti kecergasan,kemahiran,kekuatan otot,daya tahan otot
dan pengamatan motor. Domain psikomotor adalah kemampuan yang menyangkut
kegiatan otot dan fisik. Menurut Dave (1970) klasifikasi tujuan domain psikomotor
terbahagi kepada lima kategori iaitu; peniruan,manipulasi,ketetapan,arikulasi
dan pengalamiahan
Peniruan terjadi ketika siswa mengamati
sesuatu pergerakan. Peniruan ini pada umumnya dalam bentuk global dan tidak
sempurna. Manipulasi menekankan perkembangan,kemampuan mengikut
pengarahan,penampilan, dan gerakan-gerakan. Pilihan yang menetapkan sesuatu
penampilan melalui latih. Tujuan yang seterusnya adalah ketetapan.
Respon-respon lebih terkoreksi dan kesalahan-kesalahan dibatasi sampai pada
tingkat minimum. Arikulasi menekankan koordinasi sesuatu rangkaian gerakan
dengan membuat urutan yang tepat dan mencapai yang diharapkan atau konsistensi
internal di antara gerakan-gerakan berbeza. Menurut tingkah laku penalamiahan
ditampilkan dengan paling sedikit mengeluarkan energi fisik mahupun psikis.
Pengalamiah merupakan tingkat kemampuan tertinggi dalam domian psikomotor.
Domain psikomotor lebih mengorentasikan pada proses tingkah laku atau
pelaksanaan di mana sebagai fungsi adalah untuk meneruskan nilai yang terdapat
lewat kognitif dan diinternalisasikan lewat afektif sehingga mengorganisasi dan
diaplikasi dalam bentuk nyata oleh domain psikomotor ini.
Manakala kepentingan sukan individu dalam
pembangunan domain kognitif pula melibatkan pengumpulan keupayaan berfikir
serta menginterpretasi. Pembangunan kognitif juga melibatkan ransangan
pemikiran yang terdiri daripada elemen kretiviti,penyelidikan,perkaitan,kebolehan,pengamatan
dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar, misalnya dapat
menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengetahuan
tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti lebih
menarik,berfaedah dan bermakna. Kebaikan pendidikan luar boleh memberi kekuatan
fizikal, tetapi seharusnya dapat memberi
kekuatan kognitif. Selain itu, pendidikan jasmani bukan sahaja memberi latihan
fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti menyelesaikan
masalah,pemahaman,penilaian dan kreativiti. Aspek kognitif merangkumi
pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti seperti permainan padang, permainan
gelanggang,olah raga serta rekreasi juga penting bagi menjadikan aktiviti yang
diceburi menarik faedah dan bermakna. hasil yang diperolehi bukan sahaja
memberi kekuatan fizikal malah harus memberi kekuatan kognatif. Dalam aspek
kognitif beberapa sifat yang penting
memainkan peranan yang tertentu. Aspek kognitif adalah kemampuan intelektual
siswa dalam berfikir,mengetahui dan memecahkan masalah. Menurut Bloom (1956)
tujuan domain kognitif terdiri atas enam bahagian;
pengetahuan,pemahaman,penerapan,analisis,sintesa dan evalusi. Pengetahuan
mengingat keterangan dengan benar. Selain itu, pemahaman merupakan sesuatu
teori mengacu kepada kemampuan memahami makna materi.seterusnaya,nerapan kepada
materi suadah dipelajari pada situasi yang baru dan mengikut penggunaan aturan
dan prinsip.Penerapan merupakan tingkat kemampuan berfikir yang lebih tinggi daripada pemahamam.
Peringkat seterusnya analisis, ia mengacau kepada kemampuan menghuraikan materi
ke dalam komponen-komponen sebab atau mampu memahami hubungan di antara
bahagian yang satu. Dengan bahagian lain sehingga struktur dapat lebih
dimengerti.Sintesa, aspek ini memerlukan tingkah laku yang kreatif. Sintesis
merupakan kemampuan tingkat bersifat yang lebih tinggi daripada kemampuan
sebelumnya.Tujuan yang terakhir ialah evaluasi.Evalusi merupakan tingkat
berfikir yang paling tinggi, ia merupakan kemampuan memberikan pertimbangan
terhadap nilai-nilai materi untuk tujuan tertentu. Aspek kognitif lebih
didominasi oleh alur-alur teoris dan abstrak. Pengetahuan akan menjadi standard
umum untuk melihat kemampuan kognitif seseorang dalam pengajaran. Sebagai
kesimpulannya, aspek kognitif mengutamakan amalan pemikiran seseorang murid.
Bagaimana murid memproses penerokaan serta menyelesaikan masalah. Selain itu,
murid hendaklah mempunyai sikap ingin tahu dan sikap berimaginasi kreatif dan
kritis.
Seterusnya kepentingan sukan individu
dalam pembangunan domain afektif murid. Matlamat utama yang diingini dalam
pendidikan jasmani pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan
kemahiran sosial. Perkembangan individu melibatkan sikap,emosi,apreasiasi dan
nilai-nilai serta pembentukan sahsiah. Pendidikan jasmani juga perlu menekankan
nilai yang baik seperti tolong-menolong,menghargai sumbangan,kepentingan
menjaga kesihatan fizikal,menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama
dalam kumpulan aktiviti. Selain itu,penggunaan masa lapang yang berguna ialah
memiliki sikap positif terhadap kecergasan. Emosi adalah suatu elemen yang
penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan bersama-sama rakan
sebaya. Aktiviti pendidikan jasmani dapat membentuk emosi yang stabil
dikalangan pesertanya. Pendidikan jasmani adalah suatu medium yang dapat
membantu dalam pembangunan sosial. Selain itu, aktiviti sukan dapat membantu
seseorang individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat dan
jenis-jenis keadaaan. Pendidikan luar adalah suatu aspek yang dapat perkembangan sosial. Melalui
kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai
jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Domain afektif atau intelektual
adalah mengenal sikap,minat,emosi,nilai hidup dan operasi siswa. Menurut Krathwal
(1964) klasifikasi tujuan domain afektif terbahagi kepada lima kategori iaitu
penerimaan,pemberi respon,penilaian,organisasi, dan karateriasi. Penerimaan
merupakan tingkat hasil belajar terendah dalam domian afektif. Ia memberi
respon terhadap sitimulasi yang tepat. Tingkat seterusnya adalah pemberi
respon. Dalam hal ini,siswa menjadi secara dan opresasi’. Yang berikut adalah
organisasi,ia membentuk suatu sistem nilai internal,mencakup tingkah laku yang
tercerin dalam suatu filasafat hidup. Tujuan terakhir ialah karaterisasi,ini
ada hubungannya dengan keteraturan peribadi,sosial dan emosi jiwa.
Kesimpulannya, afektif dan psikologi akan memberi peranan tersendiri untuk
dapat menyimpan menginternalisa sikap sebuah nilai diperoleh lewat kognitif dan
kemampuan organisasi afektif itu sendiri.