TEKNIK SQ3R
· Teknik
SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi
meningkatkan kemahiran
belajar pelajar.
· Pelajar
dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir .
· Ini semua
dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan
· Maklumat
diperoleh melalui penyoalan.
· Pengukuhan
maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula
1. Survey
Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi
bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap
bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar,
symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai
digunakan ialah teknik skimming dan scanning.
2.Soalan (Question)
·
Pada peringkat
ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.
·
Soalan
boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu
what (apa?),
when (bila?),
where (di mana?),
why
(mengapa?),
who (siapa?)
how (bagaimana?).
·
Dengan pertanyaan
ini pelajar akan tertumpu kepada
mencari jawapan
bagi
soalan-soalan yang dibina.
3. MEMBACA (READ)
Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan
(intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara
yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan
tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan
yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid
akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.
4.
RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)
Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks,
mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang
terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau
tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam
teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum
merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan
masing-masing.
5. 5. REVIEW (MENYEMAK)
Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki
membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah
peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada
peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu
mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat
dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam
tugasan pada peringkatquestion (menyoal).
No comments:
Post a Comment