Untuk membentuk sebuah masyarakat yang cergas,sihat
dan kukuh dari segi fizikal dan mental.Bersemangat dan berpendirian positif
dalam hidup,berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan
masyarakat secara aktif sukarela dalam
semua aktiviti sukan,rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada
konsep kenegaraan, iaitu “Melayu Islam
Beraja.”Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai
potensi menolong seseorang itu
memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai
nilai terpuji hidup dan kepuasan asas manusia.Sukan juga adalah satu
penglihatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli
keluarga,sahabat handai,masyarakat setempat dan masyarakat asing. Semuanya
menggalakan pergaulan,persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial
serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas manusia merangkumi pelbagai faktor daripada
keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri. Kemajuan
dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia mampu
mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah
negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan terbaik dalam usaha
membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati
diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan
matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang
penyertaan dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan
pewaris kepimpinan negara di masa hadapan. Kementerian Pelajaran sebagai
organisasi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan negara
sentiasa komited dalam melakukan usaha berterusan bagi memupuk minat dan
kecenderungan murid dalam bidang sukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan
kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan
pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan
penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan
nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan
sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari
peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan yang
sihat di kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial
yang kondusif untuk perkembangan mereka. Usaha sebegini tentunya memerlukan kerjasama
padu semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan bidang
pendidikan.
Dasar Satu Murid
Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan
Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang
aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat
murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS).Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan
keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak
Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang
penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat
memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Justeru,
pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar
mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan
harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan
keperluan akademik.
Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk
Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai
aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan
sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan
galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain
seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan
murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.Dasar ini juga
menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman,
toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang
betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang
bersatupadu serta memupuk semangat cintakan negara.Dasar 1M 1S dapat memberi
peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara
lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam
melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia
yang berdaya saing tinggi. Dasar 1M 1S
mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan
semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk
atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan
yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya
mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang
diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan
kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan
.Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat
muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang
memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik
kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.Dasar
1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan
diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus
atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan
masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
Dalam jangka
masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang
menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta
memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
Dasar 1M 1S adalah program pembangunan
sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah
hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S
adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid.
Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan agar;
4.1
Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan
dalam
sukan
khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; Membangunkan sukan sekolah
ke arah meningkatkan kadar penyertaan mPelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah
mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut: Setiap murid termasuk murid
berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S
adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta
Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau
bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan
mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan
oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala
sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi
program 1M 1S. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid
dalam aktiviti sukan. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan
intelek, rohani, jasmani dan emosi muridurid dalam sekurang-kurangnya satu
jenis sukan di sekolah; Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan
berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;
Dasar
1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:
>
Meningkatkan kecergasan jasmani;
>
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
>
Memupuk perpaduan di antara kaum;
>
Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
>
Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
>
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
>
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
>
Pelaksanan dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah
Program
sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk
kecemerlangan.
Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan Dasar 1M 1S
Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti
berikut:
a)
Program Sukan Umum - sepanjang tahun
♦ Latihan Rumah Sukan*
➤
Merentas desa
➤
Sukan / permainan
➤
Balapan dan padang
♦ Pertandingan Merentas Desa*
♦ Sukantara*
♦ Kejohanan Balapan dan Padang
b)
Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun
♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah
♦ 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah
♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified
Games
c)
Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun
♦ Pertandingan antara rumah sukan
♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas
♦ Pertandingan antara dorm di asrama
d)
Pertandingan Lain
♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa
e)
Aktiviti Sukan Lain
joico titanium - TITNIC - TITSNIC
ReplyDeleteIn titanium fat bike addition, we also offer premium, premium, titanium white wheels and flexible plastic products that are used to titanium 6al4v create a unique babyliss pro nano titanium hair dryer and luxurious lifestyle for those who enjoy playing smith titanium