Terdapat pelbagai teori yang di kemukan oleh
para ilmuan berkaitan dengan proses membaca ini. Berikut di bawah antara
teori-teori yang sering digunakan.
i) Model Bottom-Up
Tokoh utama teori ini
ialah Gough (1972). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca
apabila matanya mengenalpasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang
dibaca secara berterusan. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu
dimulakan dengan mengecam huruf, mengekod pada tahap fonem, mengecam
perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Membaca dalam
proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, rincian,
dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan
unit bahasa lainnya.
Tugas utama pembaca
menurut teori ini adalah mengkod lambang-lambang yang tertulis menjadi
bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996). Brown (2001) menyatakan bahawa
pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui
berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, frasa, petunjuk
gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan terus ke
otak.
Antara perincian yang ditekankan di dalam teori
ini ialah:
a) memberikan penegasan pada teks bertulis.
b) membaca dipandu oleh proses yang bertujuan
mencari maklumat.
c) timbul daripada bahagian pada keseluruhan
teks.
ii) Model Top-Down
Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik
dan teori ini telah dikembangkan oleh Goodman (1976) dan Smith (1971). Model
ini melihat kegiatan membaca bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke
bawah.
Model ini menghuraikan beberapa perkara penting
sebagai panduan iaitu:
a) menegaskan perkara atau makna yang pembaca
bawa kepada teks yang di baca.
b) menyatakan pembaca membaca teks berpandukan
makna teks.
c) timbul daripada aspek keseluruhan teks pada
bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan makna.
d) dikenali sebagai model ‘Dalam Ke Luar’,
‘Berpandukan Konsep’ atau ‘Keselurahan ke Bahagian’.
Antara ciri yang berkaitan dengan model membaca ini:
a) membaca tidak hanya mengekodkan bahasa
tulisan pada bahasa lisan.
b) membaca tidak melibatkan pemprosesan setiap
huruf dan setiap kata.
c) membaca adalah membawa makna dalam teks dan
bukannya mengeluarkan makna daripada teks.
Rumusan berkaitan dengan Model ini
a) menegaskan perkara yang di miliki oleh
pembaca seperti pengetahuan terdahulu dna pengetahuan pada teks yang di baca
bagi tujuan pemahaman.
b) menyatakan yang kefahaman bermula daripada
minda pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea berkaitan dengan teks yang
dibaca.
c) makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan
teks pada bahagian-bahagian kecil.
iii)
Model Interaktif
Model
jenis ini mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna
melalui interaksi antara pembaca dengan teks. Berbeza dengan model-model lain,
model ini melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan
maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud secara serentak.
Model
ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih
maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Semua
peringkat membaca di gunakan oleh pembaca.
Model
ini menggunalan cetakan sebagai input dan makna sebagai output. Pembaca yang
mahir mestilah dapat menggunakan pancaindera, sintaksis, semantik, maklumat
pragmatik, bagi menyempurnakan matlamat.
iv) Model Transactional
Teori
ini dipelopori oleh Louise Rosenblatt. Dewey &Bentley (1949)
mengatakan bahawa pembelajaran tidak hanya merupakan interaksi antara dua
perkara yang berasingan yang saling bekerjasama tetapi dua benda menjadi satu.
Model
ini di katakan sebagai Model Transactional kerana wujudnya transaksi antara
pengarang, pembaca dan juga teks. Teori ini menjelaskan bahawa pendirian
pembaca akan menentukan pengalaman yang akan diperolehi daripada teks
tersebut.
* Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu, merentaslah di titian yang teguh yang di bina dari kayu-kayu ilmu pengetahuan yang kukuh
* Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu, merentaslah di titian yang teguh yang di bina dari kayu-kayu ilmu pengetahuan yang kukuh