Tuesday 23 April 2013

MODEL PEMBACAAN



Terdapat pelbagai teori yang di kemukan oleh para ilmuan berkaitan dengan proses membaca ini. Berikut di bawah antara teori-teori yang sering digunakan.

i) Model Bottom-Up
Tokoh utama teori ini ialah Gough (1972). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenalpasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca secara berterusan. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulakan dengan mengecam huruf, mengekod pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, rincian, dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.
Tugas utama pembaca menurut teori ini adalah mengkod lambang-lambang yang tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996). Brown (2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, frasa, petunjuk gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan terus ke otak.
Antara perincian yang ditekankan di dalam teori ini ialah:
a) memberikan penegasan pada teks bertulis.
b) membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari maklumat.
c) timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks. 

ii) Model Top-Down
Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik dan teori ini telah dikembangkan oleh Goodman (1976) dan Smith (1971). Model ini melihat kegiatan membaca bersifat linear tetapi  bergerak dari atas ke bawah.

Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagai panduan iaitu:
a) menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa kepada teks yang di baca.
b) menyatakan pembaca membaca teks berpandukan makna teks.
c) timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan makna.
d) dikenali sebagai model ‘Dalam Ke Luar’, ‘Berpandukan Konsep’ atau ‘Keselurahan ke Bahagian’.

Antara ciri yang berkaitan dengan model membaca ini:
a) membaca tidak hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan.
b) membaca tidak melibatkan pemprosesan setiap huruf dan setiap kata.
c) membaca adalah membawa makna dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna daripada teks. 
Rumusan berkaitan dengan Model ini
a) menegaskan perkara yang di miliki oleh pembaca seperti pengetahuan terdahulu dna pengetahuan pada teks yang di baca bagi tujuan pemahaman.
b) menyatakan yang kefahaman bermula daripada minda pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea berkaitan dengan teks yang dibaca.
c) makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian kecil.  

iii) Model Interaktif
Model jenis ini mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks. Berbeza dengan model-model lain, model ini melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud secara serentak. 
Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Semua peringkat membaca di gunakan oleh pembaca.
Model ini menggunalan cetakan sebagai input dan makna sebagai output. Pembaca yang mahir mestilah dapat menggunakan pancaindera, sintaksis, semantik, maklumat pragmatik, bagi menyempurnakan matlamat.

iv) Model Transactional
Teori ini dipelopori oleh  Louise Rosenblatt. Dewey &Bentley (1949) mengatakan bahawa pembelajaran tidak hanya merupakan interaksi  antara dua perkara yang berasingan yang saling bekerjasama tetapi dua benda menjadi satu.
Model ini di katakan sebagai Model Transactional kerana wujudnya transaksi antara pengarang, pembaca dan juga teks. Teori ini menjelaskan bahawa pendirian pembaca akan menentukan pengalaman yang akan diperolehi daripada teks tersebut. 

* Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu, merentaslah di titian yang teguh yang di bina dari kayu-kayu ilmu pengetahuan yang kukuh

No comments:

Post a Comment