Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
danmengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
ilmu
pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan imaginatif. Peringkatperingkat kemahiran menulis terdiri daripada :
Peringkat Pra Tulis
Peringkat pra menulis ialah tempoh
masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka
dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh ini latihan otot –otot
tangan, jari dan mata serta koordinasi mata dan tangan diberi. Ia bertujuan
untuk membolehkan mereka mengusai kemahiran membentuk lambang-lambang yang
kemas dan jelas. Pelajaran tulisan haruslah dirancang secara sistematik dan
bermula dengan peringkat pra menulis. Ia melibatkan beberapa latihan:
a) Tangan
- Mengenggam
dan membuka tangan dilakukan beberapa kali
- Menggengam
dan meronyokkan kertas
- Memegang
benda-banda seperti pensel atau pembaris
- Melukis
bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah
- Memasang
butang atau mengikat tali kasut.
b) Latihan
pergerakan mata
- Menutup
kedua-dua mata dengan tangan, membuka dan menyebut banda yang
ditunjuk
oleh guru
- Melihat
benda yang dipegang oleh guru dan dibawa kekiri-kanan dan ke kiri.
- Menyebut
nama-nama benda kecil yang dipegang oelh guru.
c) Latihan
koordinasi mata dan tangan
- Menyusun
benda mengikut golongsn, bentuk warna dan ukuran
- Mencantum
bahagian-bahagian gambar yang terpotong
- Mencantum
titik
- Mencantum
arah jalan, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
- Mencari
benda yang tersembunyi
- Membentuk
lukisan ‘zig zag
- Membentuk
asas huruf dan nombor.
Peringkat
Mekanis
Kemahiran
menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya
murid-murid dapat menghasilkan
tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti
tulisn seperti membuat corak,
menekap dan membentuk huruf dan sebagainya adalah
penting kerana ia bertujuan memberi
latihan dan pengalaman asas yang diperlukan
supaya dapat membantu murid-murid
menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti
kemahiran menulis suku kata,
perkataan, ayat dan sebagainya. Justeru, latihan-latihan
mekanikal yang boleh dijalankan
untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di
antaranya melalui:
(a) Latihan pergerakan tangan,
otot, jari dan membentuk atau membuat garisan-garisan,
bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan
larat dan sebagainya.
(b) Tunjukkan cara pergerakan
tangan, tulisan di awangan, di pasir, papan tulis dan
sebagainya.
(c) Bermain, menyusun dan berlatih
membentuk huruf dengan benda-benda seperti
plastisin.
(d) Melatih atau menunjukkan cara
membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
(e) Mengawasi tulisan murid tentang
bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak dan
kekemasan, kebersihan, dan lain-lain.
(f) Melatih menulis cepat, senang
dan mudah dibaca.
(g) Melatih menulis dengan cantik.
Kemahiran Menulis Untuk Penglahiran
Kemahiran
penulisan untuk pelahiran pula biasanya dikuasai setelah kanak-kanak
mendapat kemahiran mekanis.
Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan
mental yang boleh dijalankan untuk
mendapat kemahiran ini ialah seperti:
(a) Latihan penyataan fikiran atau
pendapat.
(b) Latihan penyataan perasaan.
(c) Latihan mengeluarkan pendapat
yang tulen atau asli.
Pengajaran-pengajaran menulis
terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) Peringkat Pramenulis
(persediaan)
(b) Peringkat mendirikan asas
(peringkat mekanis)
(c) Peringkat untuk pelahiran
Peringkat pramenulis ialah tempoh
masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti
menulis sebelum mereka dapat
menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan
otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid
awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang
dengan kemas dan jelas, pengajaran tulisan haruslah sistematik dan berkesan.
Latihan-latihan pramenulis boleh melibatkan latihan-latihan seperti:
(a) Menguasai latihan pergerakan
tangan
(b) Menguasai gerakan tangan yang
bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna
(c) Latihan pergerakan mata, serta
latihan koordinasi tangan dan mata.
Seterusnya, dalam peringkat
mendirikan asas pula murid-murid sepatutnya telah faham serta tahu cara
memegang pensel, membentuk lambang dan sebagainya seperti yang diajar dalam
kemahiran pra menulis. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf
di kertas kosong yang tidak mempunyai garisan. Setelah didapati memuaskan
barulah dilatih membentuk huruf pada halaman bergaris. Apabila murid membentuk
huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada
garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Contohnya adalah dengan melakukan
aktiviti seperti:
(a) Latihan membentuk bulatan dan
garis lurus dalam keadaan terkawal
(b) Latihan menulis huruf di atas
kertas bergaris dua
(c) Latihan menulis huruf di atas
kertas bergaris satu
(d) Latihan membentuk lambang
tulisan dengan cara dengan cara yang betul untuk
mendapat keseragaman cara menulis bagi
menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah
dibaca.
Akhir sekali setelah menguasai
peringkat mekanis, murid-murid patut digalakkan
melahirkan fikiran mereka secara
bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula
daripada yang terkawal iaitu
berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat
kosong, melengkapkan ayat-ayat dan
perenggan sehingga murid-murid itu boleh
menghasilkan tulisan tanpa panduan.
Di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh
dijalankan ialah:
(a) Mengisi silang-kata
(b) Mengisi tempat kosong dalam
ayat
(c) Melengkapkan ayat dengan
menambah rangkai kata yang sesuai
(d) Menuliskan ayat yang lengkap
dengan perkataan yang diberi
(e) Memanjangkan ayat dengan
menambah rangkai kata yang sesuai
(f) Membentuk ayat bagi memudahkan
cerita
(g) Menulis ayat berdasarkan gambar
yang disediakan
(h) Menulis jawapan-jawapan
kefahaman
(i) Menulis rencana daripada bahan
yang diperlihatkan
(j) Menulis karangan daripada tajuk
yang disediakan dan sebagainya dengan merujuk
sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.