Gambar logo
rasmi baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia, telah bersedia
melangkah menuju ke era baru dengan visi dan misi yang lebih gitu dan
bersemangat dengan pemilihan VISI (“Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”) dan MISI (“Melestarikan
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara”)
Seiring dengan laungan visi dan misi terbabit, logo
kementerian pendidikan malaysia juga diperkenalkan bagi membuktikan kesungguhan
jabatan itu dalam perencanaan pendidikan terbaik di Malaysia
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional
(Maksud Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM)
Logo ini direka
mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau
typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa
hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu.
Alif juga
membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat
Ilmu juga di
klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang
yakni duniawi mahupun ukhrawi
Ilmu juga di
takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan
dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan
Logo ini
menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu
Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi
Huruf ‘P’ yang
bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan
Malaysia
Bentuk Bulat
melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global
Dari segi
warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara
Kuning keemasan
melambangkan kecemerlangan
Putih
melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang
berkualiti dan berilmu mulia
No comments:
Post a Comment