Saturday 1 December 2012

FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI




 DEFINISI
Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.

FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI

Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.
·         Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut
·         Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang  bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut
·         Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
·         Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi
·         Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi
Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut.


Gigi
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit
Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.


Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

No comments:

Post a Comment