Terdapat perbezaan pendapat mengenai jenis-jenis kata adjektif antara Tatabahasa Dewan dengan buku-buku tatabahasa lain.
Menurut Tatabahasa
dewan Edisi Ketiga yang telah ditulis oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Osman, Hashim
Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood telah menyatakan bahawa walaupun kata adjektif
tidak mempunyai subgolongan yang ketara , namun berdasarkan kriteria makna
,kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sembilan jenis seperti berikut:
1)
Kata adjektif sifatan atau keadaan
2)
Kata adjektif Warna
3)
Kata Adjektif ukuran
4)
Kata adjektif bentuk
5)
Kata adjektif waktu
6)
Kata adjektif jarak
7)
Kata adjektif cara
8)
Kata Adjektif perasaan
9)
Kata Adjektif Panca indera.
Dalam buku Bahasa Melayu STPM kertas 1 dan 2 edisi ke 2 yang ditulis oleh
Nik Safiah Karim dan Norliza
Jamaluddin telah menyatakan bahawa kata
adjektif dapat dikategorikan kepada sembilan jenis iaitu sama seperti dalam
Tatabahasa Dewan.
1)
Kata adjektif sifatan atau keadaan
2)
Kata adjektif Warna
3)
Kata Adjektif ukuran
4)
Kata adjektif bentuk
5)
Kata adjektif waktu
6)
Kata adjektif jarak
7)
Kata adjektif cara
8)
Kata Adjektif perasaan
9)
Kata Adjektif Pancaindera.
Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Bahasa
Melayu 1 Edisi Kedua juga menyatakan kata adjektif mempunyai sembilan jenis,
sama seperti yang dinyatakan oleh Nik Safiah Karimdan Norliza Jamaludin.
1)
Kata adjektif sifatan atau keadaan
2)
Kata adjektif Warna
3)
Kata adjektif ukuran
4)
Kata adjektif bentuk
5)
Kata adjektif waktu
6)
Kata adjektif jarak
7)
Kata adjektif cara
8)
Kata adjektif perasaan
9)
Kata adjektif Panca indera.
Menurut Asmah Hj
Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir, Kata sifat boleh dibahagikan kepada
subgolongan tertentu berdasarkan komponen- komponen maknanya dan juga hubungan
sintagmatiknya dengan kata- kata lain dalam frasa pembahagiannya adalah
seperti berikut :
1)
Kata Sifat Tabii / Sikap,
2)
Kata sifat warna,
3)
Kata sifat ukuran,
4)
Kata sifat bentuk,
5)
Kata sifat indera,
6)
Kata sifat gabungan indera,
7)
Kata sifat waktu,
8)
Kata sifat jarak,
9)
Kata sifat kecepatan,
10) Kata
sifat kuasa tenaga,
11) Kata
sifat taraf,
12) Kata
sifat suhu,
13) Kata
sifat emosi,
14) Kata
kerja akaliah
15) Kata
sifat akhlak.
Dalam Nahu Kemas
Kini, Asmah Hj Omar mengatakan kata adjektif boleh dibahagikan kepada sebelas
jenis iaitu :
1)
kata adjektif tabii,
2)
kata adjektif warna,
3)
kata adjektif ukuran,
4)
kata adjektif bentuk,
5)
kata adjektif indera/deria,
6)
kata adjektif waktu,
7)
kata adjektif kecepatan,
8)
kata adjektif kognisi,
9)
kata adjektif emosi,
10) kata
adjektif kuasa tenaga dan
11) kata
adjektif taraf.
No comments:
Post a Comment